W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Selasa, 24 April 2018 
Home

Soalan Lazim

 

TIANGONG-1 FAQ
Bil Soalan Lazim Jawapan
1

Dimanakah lokasi sebenar re-entry bagi stesen Tiangong-1?

Berdasarkan kepada prinsip saintifik, kebiasaannya akan terdapat unsur–unsur ketidakpastian yang berkaitan bagi sebarang pengukuran atau ramalan yang dihasilkan. Dalam kebanyakan kes re-entry ke ruang atmosfera, ketidakpastian yang berkaitan bagi ramalan lokasi re-entry adalah sangat besar. Pada umumnya, adalah lebih mudah untuk meramalkan masa sebenar re-entry yang tepat berbanding lokasi re-entry yang tepat. Walau bagaimanapun, secara umumnya, re-entry Tiangong-1 diramalkan akan terjadi di suatu lokasi antara latitud 43° Utara dan latitud 43° Selatan.

2

Apakah status kawalan stesen Tiangong-1?

Pada 21 Mac 2016, pihak berkuasa China telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa data perhubungan telemetri dengan Tiangong-1 telah terhenti. Berdasarkan analisis berkaitan data Two Line Element (TLE) dari Joint Space Operations Center (JSpOC), penjajaran orbit terakhir untuk Tiangong-1 dibuat pada bulan Disember 2015. Pada 12 Disember 2017, pihak berkuasa China melalui United Nations Office for Outer Space Affairs (UNOSAA) telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa re-entry Tiangong-1 diramalkan akan belaku pada sela masa bermula 10 hari terawal Februari 2018 sehingga 10 hari terakhir Mac 2018. Tidak dinyatakan sama ada re-entry itu dikawal atau pun tidak terkawal.

3

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi ramalan re-entry?

Terdapat beberapa unsur ketidakpastian yang melibatkan ramalan re-entry seperti berikut:

  • perubahan kadar ketumpatan lapisan atas atmosfera;
  • sifat fizikal kapal angkasa seperti jisim dan komposisi bahan; dan
  • lokasi dan kelajuan stesen angkasa. 
4

Adakah impak objek dari re-entry ini boleh mendatangkan bahaya?

Keberangkalian re-entry ini untuk menimpa manusia atau merosakkan mana-mana struktur bangunan adalah sangat rendah. Antara kes yang pernah dilaporkan sebelum ini adalah Cik Lottie Williams dari Tulsa, Oklahoma yang terkena serpihan kecil pada tahun 1996 tetapi tidak mengalami apa-apa kecederaan yang serius. 

5

Adakah ini suatu re-entry yang dikawal?

Besar kemungkinan, re-entry ini adalah di luar kawalan. Walaupun tidak diisytiharkan secara rasmi, sistem kawalan stesen Tiangong-1 telah tidak beroperasi dan dipulihkan semula sebelum masa kejadian re-entry sebenar yang bakal diramalkan. 

6

Adakah terdapat angkasawan dalam Tiangong-1? Adakah mereka dalam bahaya?

Tidak, tidak ada angkasawan yang kini berada di atas Tiangong-1. Misi berkembar terakhir berlepas dari Tiangong-1 adalah pada bulan Jun 2013.

7

Bolehkah saya menyaksikan kejadian re-entry?

Anda mungkin dapat menyaksikan re-entry Tiangong-1 bergantung pada lokasi anda, masa, dan jarak penglihatan semasa re-entry berlaku. Pemakluman yang lebih terperinci berkaitan ramalan lokasi re-entry akan dihebahkan beberapa hari sebelum re-entry diramalkan berlaku. Serpihan objek re-entry ini akan kelihatan terbakar dalam tempoh beberapa puluhan saat (sehingga satu minit atau lebih) berbanding dengan kejadian meteor semulajadi yang hanya beberapa saat.

8

Bagaimanakah gambaran kejadian re-entry?

Bergantung pada waktu siang dan jarak penglihatan, gambaran re-entry akan berlaku seperti coretan serpihan yang terbakar dan bergerak di seluruh langit dalam arah yang sama. Oleh kerana saiz objek yang agak besar, berkemungkinan terdapat banyak kepingan yang akan kembali bersama-sama, dan ada sebahagian akan mendarat di permukaan bumi. Berikut adalah rakaman video amatur kejadian re-entry yang pernah direkodkan.
9

Adakah terdapat bahan berbahaya pada serpihan re-entry?

Berkemungkinan terdapatnya bahan toksik dan berbahaya yang dikenali sebagai methylhydrazine dan dinitrogen tetroxide. Untuk keselamatan anda, dilarang menyentuh apa-apa serpihan yang mungkin anda perolehi atau menyedut wap yang boleh dikeluarkan dari serpihan tersebut.

10

Perlukah saya melaporkan kejadian re-entry sekiranya saya menyaksikan peristiwa tersebut?

Ya. Sila hubungi Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan laporkan lokasi dan waktu penglihatan anda, keterangan mengenai apa yang anda lihat, dan sediakan sebarang imej atau video yang mungkin telah anda rakamkan sebagai bahan rujukan untuk pihak kami.

11

Adakah ini objek yang terbesar untuk re-entry ke ruang atmosfera bumi?

Tidak. Objek re-entry terbesar yang pernah dilaporkan ialah stesen angkasa Mir milik negara Rusia dengan muatan 120,000 kg pada 23 Mac 2001. Sebagai perbandingan, saiz Tiangong-1 dianggarkan hanyalah 1/3 daripada saiz kapalterbang Airbus 320
 
 
 

 

 

 

GENERAL FAQ

Bil Soalan Lazim Jawapan
1 Pertanyaan berkenaan dengan potongan gaji ANGKASA(Angkatan Koperasi Malaysia Berhad) Adalah dimaklumkan bahawa emel ini adalah bagi Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan bukannya Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Untuk sebarang urusan berkenaan Pemotongan Gaji dan sebagainya, mohon untuk ke laman web berikut:

i.              http://www.angkasa.coop/semakan-potongan-gaji-semenanjung
ii.             http://www.angkasa.coop/semakan-potongan-gaji-sarawak
iii.            http://www.angkasa.coop/semakan-potongan-gaji-sabah

atau mereka boleh dihubungi di alamat berikut:

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad
The National Co-operative Movement of Malaysia
Wisma Ungku A.Aziz . Jalan SS6/1
47301 Kelana Jaya . Petaling Jaya . Selangor
Tel : +603 7806 1977 (General Line)
Faks : +603 7884 6489 (General Line)
E-mail : apex@angkasa.coop
Web : www.angkasa.coop

2 Pertanyaan berkenaan dengan permohonan jawatan kosong di Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Untuk makluman sebarang permohonan jawatan kosong di Agensi Angkasa Negara(ANGKASA) adalah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), sila layari laman sesawang berikut iaitu www.spa.gov.my  untuk sebarang permohonan jawatan kosong.
3 Pertanyaan berkenaan dengan permohonan latihan industri Untuk sebarang pertanyaan Latihan Industri mohon saudara/saudari menghubungi En.Farid (Pegawai Penyelidik) di talian 03-31824037 atau email farid@angkasa.gov.my.
4 Pertanyaan berkenaan dengan biasiswa yang ditaja oleh ANGKASA. Untuk makluman , Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) tidak menyediakan sebarang  kemudahan biasiswa kepada  mana-mana pelajar.
5 Pertanyaan berkenaan dengan tajaan dari pihak Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Untuk makluman, Agensi Angkasa Negara tiada menyediakan tajaan kepada mana-mana pihak.
6 Pertanyaan berkenaan dengan permohonan lawatan ke Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Untuk semua permohonan lawatan ,mohon tulis surat rasmi dan alamatkan kepada Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Walau bagaimanapun lawatan daripada IPTA adalah terhad kepada bidang-bidang berkaitan Teknologi, Aplikasi dan Sistem Angkasa sahaja. Nyatakan dengan jelas tujuan,bilangan ,tarikh, masa serta no telefon atau emel untuk pihak kami hubungi semula. Had bilangan lawatan adalah 20 orang sahaja dan tarikh lawatan adalah tertakluk kepada  minggu kedua setiap bulan.
7 Pertanyaan berkenaan dengan lawatan persendirian ke Observatori Negara Langkawi (ONL) Untuk makluman, ONL tidak di buka kepada orang awam.  Keutamaan kami adalah kepada kumpulan penyelidik yang akan menjalankan kajian mereka di fasiliti kami.  Walaubagaimanapun, pihak kami boleh menerima lawatan dalam kumpulan kecil (30 orang) seperti kelab/institusi  yang berkaitan astronomi.
8 Pertanyaan berkenaan dengan bumi akan bergelap (1 Day Darkness)dalam masa satu hari Artikel berkenaan Bumi bakal bergelap selama sehari pada 2 Jun 2016 di laman sosial, laman web dan media komunikasi terkini adalah palsu. Artikel palsu ini tersebar setiap tahun dengan kadar bilangan hari bergelap berlainan.

Artikel ini memetik sumber dari Presiden Agensi Angkasa Amerika Syarikat (NASA), Charles Bolden.  Namun, tiada sebarang berita berkenaan di laman web mereka seperti yang dipetik dalam artikel tersebut. Sumber-sumber lain yang dipetik juga tidak dapat dicari untuk sebarang pengesahan menunjukkan penipuan disebalik artikel ini.

Khabar angin ini mengatakan kejadian ini adalah disebabkan oleh ribut suria yang dihasilkan oleh Matahari pada hari-hari berkenaan. Untuk makluman, ribut suria dari Matahari tidak menyebabkan kejadian siang atau malam, jauh sekali menyebabkan Bumi bergelap. Malah, Bumi juga dilindungi oleh medan magnet (magnetosphere) yang menyebabkan kesan sebarang ribut suria dibelokkan (deflected) dan menjadi lemah sebelum sampai ke Bumi. Apabila baki ribut ini memasuki atmosfera Bumi, ia ternyahcas sebagai Aurora di hemisfera Utara dan Selatan.

Hakikatnya, artikel palsu ini telah tersebar sejak tahun 2012 bersama dengan khabar angin bahawa kiamat akan berlaku pada Disember 2012.

9 Is RazakSat data available for use by individuals outside ANGKASA? What is the policy for access to RazakSat data? • All RazakSAT® data over Malaysia are classified in the interest of national   security. Distribution to users are subject to security vetting according to       our national security policy.
• Data outside Malaysia are categorised as unclassified and shall be               distributed to local user without restrictions.
• All RazakSAT® data and data products are also available to international       users except for those countries having trade restrictions with Malaysia.
10 What is the process for requesting the RazakSAT data? Is it available online? Is there a cost associated with the data? To apply for RazakSAT® data, one must fill up data application form and sign non-disclosure agreement (NDA) with the government. The form and the NDA will be emailed to user upon request. Once we receive the original documents, the data will be sent out in DVD. There will be no cost associated with RazakSAT® data.For futher information, you can email to Mr.Wayne Ng Su Wai (wayne@angkasa.gov.my).
11 Pertanyaan berkenaan dengan lawatan ke Planetarium Negara, Kuala Lumpur. Untuk makluman, bermula  25hb Oktober 2016 sebarang pertanyaan,aduan atau maklumbalas berkenaan Planetarium Negara, Kuala Lumpur perlu dihantar  kepada emel berikut iaitu planetariumweb@angkasa.gov.my.
12 Pertanyaan berkenaan dengan hebahan maklumat melalui aplikasi watsapp –   ”radiasi tinggi, sinar kosmik akan lalu berdekatan dengan badan anda, ianya boleh menyebabkan kerosakan” Untuk makluman ,mesej-mesej ini telah tersebar pada setiap tahun dan ianya adalah berulangkali.dakwaan seperti di dalam mesej aplikasi watsapp adalah tidak benar sama sekali.
13 Pertanyaan berkenaan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Sebarang aktiviti yang dijalankan oleh Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan dikemaskini di dalam portal rasmi ANGKASA.Mohon layari www.angkasa.gov.my  dan ikuti media sosial rasmi kami di facebook : Agensi Angkasa Negara (ANGKASA),  twitter : angkasamalaysia and Instagram angkasa.malaysia
14 Pertanyaan berkenaan dengan cara untuk menghubungi ANGKASAWAN Negara Mohon hubungi Yayasan Angkasawan Malaysia (YAM) untuk maklumat lanjut di talian 03-31802099
15 Pertanyaan berkenaan dengan imej pancaran meteor Untuk melihat imej  pancaran meteor, pihak saudara/saudari boleh melayari laman page rasmi Facebook Agensi Angkasa Negara(ANGKASA)  
16 Pertanyaan berkenaan kebenaran untuk mengambil foto di Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Mohon untuk menulis satu surat rasmi menyatakan permohonan dan maklumat lengkap tujuan penerbitan dan alamatkan kepada Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan pegawai untuk dihubungi untuk urusan selanjutnya jika mendapat persetujuan daripada Ketua Pengarah ANGKASA
17 Apakah perkhidmatan yang di tawarkan oleh Bahagian Pembangunan dan Pengoperasian Sistem Angkasa (BPOA) Agensi Angkasa Negara?

Perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Pengujian dan Pengukuran bagi Fasiliti Pemasangan, Integrasi dan Pengujian Satelit (AIT)
  2. Penjejakan, Kawalan dan Telemetri (TT & C) objek angkasa.
  3. Penentukuran dan Pencirian Radiometrik

Muat turun borang Customer Requirement Form

 
 
 
Kembali ke atas