W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Selasa, 26 September 2017 
Home

Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

Peranan CIO Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) :-
 

  1. Menyediakan Pelan Strategik Teknologi Maklumat agensi yang mengandungi perancangan penggunaan IT dalam menyokong pencapaian matlamat agensi
  2. Memperkemaskan dan menyepadukan proses-proses yang cross functional antara jabatan/bahagian bagi menghasilkan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan;
  3. Membangun, mengendali dan mengurus sistem dan infrastruktur IT yang utuh dan selamat serta berdasarkan kepada ciri modular, connectivity, inter-operability dan portability;
  4. Menentu hala tuju sistem aplikasi agensi bagi mengurangkan masa dan kos pembangunan, penyelenggaraan dan pengoperasian;
  5. Memelihara integriti data elektronik, menggalak perkongsian maklumat dan menyediakan kaedah bagi penyebaran maklumat secara elektronik kepada pengguna-pengguna yang sah sama ada dalam atau luar agensi;
  6. Menganggotai Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan atau jawatankuasa utama yang menggubal dasar dan bertanggungjawab terus kepada Ketua Pengarah;
  7. Mempromosikan kegunaan IT yang berkesan dan seiringan untuk mencapai matlamat strategik agensi dan bertindak sebagai agen dan perintis perubahan (champion of change); dan
  8. Memimpin dan melibatkan agensi dalam usaha-usaha kerajaan untuk membangun dan melaksanakan projek IT sektor Awam yang membawa perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Awam.
Kembali ke atas