W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Jumaat, 19 Oktober 2018 
Home

Kalendar Astronomi 2018

TARIKH / DATE MASA JANGKAAN / ESTIMATED TIME FENOMENA / PHENOMENON KETERANGAN / DESCRIPTION
5 ogos 02:18 Bulan sukuan akhir Bulan kelihatan separuh menghadap ke Bumi kerana separuh daripada Bulan disinari oleh cahaya Matahari.  Bahagian Bulan yang disinari menyusut.
11 ogos 02:05 Bulan pada "perigee" Bulan berada pada kedudukan paling dekat dari Bumi dengan jarak 358,083 km.
11 ogos 17:58 Bulan baru Bulan tidak kelihatan di Bumi kerana Bulan yang tidak disinari oleh cahaya Matahari menghadap ke Bumi.
13 Ogos 02:00 Pancuran Meteor Perseids Pancuran Meteor Perseids berlaku pada 17 Julai hingga 24 Ogos setiap tahun.  Ia menghasilkan 60 meteor per jam dan kemuncak berlaku pada awal pagi 13 Ogos. Tiada gangguan cahaya bulan selepas tengah malam.  
17 Ogos 23:58 Zuhrah pada "Greatest Eastern Elongation" Sudut maksimum  antara Zuhrah dengan Matahari yang dilihat dari Bumi adalah 45.9 darjah dan Zuhrah boleh dilihat selepas Matahari terbenam. Waktu terbaik untuk mencerap Zuhrah kerana berada di kedudukan paling tinggi di ufuk Barat selepas Matahari terbenam. 
18 Ogos 15:49 Bulan sukuan pertama Bulan kelihatan separuh menghadap ke Bumi kerana separuh daripada Bulan disinari oleh cahaya Matahari.  Bahagian Bulan yang disinari meningkat.
23 Ogos 19:23 Bulan pada "apogee"  Bulan berada pada kedudukan paling jauh dari Bumi dengan jarak 405,774 km.
26 Ogos 04:26 Utarid pada "Greatest Western Elongation" Sudut maksimum  antara Utarid dengan Matahari yang dilihat dari Bumi adalah 18.3 darjah dan Utarid boleh dilihat sebelum Matahari terbit.   Waktu terbaik untuk mencerap Utarid kerana ia berada pada kedudukan yang paling tinggi di ufuk timur sebelum Matahari terbit.
26 Ogos 19:56  Bulan penuh Bulan kelihatan sepenuhnya menghadap ke Bumi. Bulan disinari sepenuhnya oleh cahaya Matahari. 
3 September 10:37 Bulan sukuan akhir Bulan kelihatan separuh menghadap ke Bumi kerana separuh daripada Bulan disinari oleh cahaya Matahari.  Bahagian Bulan yang disinari menyusut.
8 September 09:21 Bulan pada "perigee" Bulan berada pada kedudukan paling dekat dari Bumi dengan jarak 361,355 km.
10 September 02:01 Bulan baru Bulan tidak kelihatan di Bumi kerana Bulan yang tidak disinari oleh cahaya Matahari menghadap ke Bumi.
17 September 07:15 Bulan sukuan pertama Bulan kelihatan separuh menghadap ke Bumi kerana separuh daripada Bulan disinari oleh cahaya Matahari.  Bahagian Bulan yang disinari meningkat.
20 September 08:54 Bulan pada "apogee"  Bulan berada pada kedudukan paling jauh dari Bumi dengan jarak 404,875 km.
23 September 09:54 Equinoks September Permulaan musim luruh di hemisfera utara dan musim bunga di hemisfera selatan.
25 September 10:52 Bulan penuh Bulan kelihatan sepenuhnya menghadap ke Bumi. Bulan disinari sepenuhnya oleh cahaya Matahari. 
2 Oktober 17:45 Bulan sukuan akhir Bulan kelihatan separuh menghadap ke Bumi kerana separuh daripada Bulan disinari oleh cahaya Matahari.  Bahagian Bulan yang disinari menyusut.
6 Oktober 06:29 Bulan pada "perigee" Bulan berada pada kedudukan paling dekat dari Bumi dengan jarak 366,396 km.
8 Oktober 00:30 Pancuran Meteor Draconids Pancuran Meteor Draconids berlaku pada 6 hingga 10 Oktober setiap tahun.  Ia hanya menghasilkan 10 meteor per jam dan kemuncak berlaku pada malam 8 Oktober. Tiada gangguan cahaya bulan untuk menghalang kenampakan meteor tersebut.  
9 Oktober 11:47 Bulan baru Bulan tidak kelihatan di Bumi kerana Bulan yang tidak disinari oleh cahaya Matahari menghadap ke Bumi.
17 Oktober 02:02 Bulan sukuan pertama Bulan kelihatan separuh menghadap ke Bumi kerana separuh daripada Bulan disinari oleh cahaya Matahari.  Bahagian Bulan yang disinari meningkat.
18 Oktober 03:16 Bulan pada "apogee"  Bulan berada pada kedudukan paling jauh dari Bumi dengan jarak 404,227 km.
21 -22 Oktober 01:00 Pancuran Meteor Orionids Pancuran Meteor Orionids berlaku pada 2 Oktober hingga 7 November setiap tahun.  Ia menghasilkan 20 meteor per jam dan kemuncak berlaku pada malam 21 Oktober dan awal pagi 22 Oktober. Cahaya Bulan hampir penuh akan mengganggu kenampakan meteor tersebut.  Tiada gangguan cahaya bulan menghalang kenampakan meteor tersebut.  
25 Oktober 00:45 Bulan penuh Bulan kelihatan sepenuhnya menghadap ke Bumi. Bulan disinari sepenuhnya oleh cahaya Matahari. 
1 November 00:40 Bulan sukuan akhir Bulan kelihatan separuh menghadap ke Bumi kerana separuh daripada Bulan disinari oleh cahaya Matahari.  Bahagian Bulan yang disinari menyusut.
1 November 04:05 Bulan pada "perigee" Bulan berada pada kedudukan paling dekat dari Bumi dengan jarak 370,201 km.
5-6 November 00:30 Pancuran Meteor Taurids Pancuran Meteor Taurids berlaku pada7 September hingga 10 Disember setiap tahun.  Ia hanya menghasilkan 5 - 10 meteor per jam dan kemuncak berlaku pada malam 5 November.  Tiada gangguan cahaya bulan untuk menghalang kenampakan meteor tersebut selepas tengah malam.  
7 November 07:50 Utarid pada "Greatest Eastern Elongation" Sudut maksimum  antara Utarid dengan Matahari yang dilihat dari Bumi adalah 23.3 darjah dan Utarid boleh dilihat selepas Matahari terbenam. Waktu terbaik untuk mencerap Utarid kerana berada di kedudukan paling tinggi di ufuk Barat selepas Matahari terbenam. 
8 November 00:02 Bulan baru Bulan tidak kelihatan di Bumi kerana Bulan yang tidak disinari oleh cahaya Matahari menghadap ke Bumi.
14 November 23:57 Bulan pada "apogee"  Bulan berada pada kedudukan paling jauh dari Bumi dengan jarak 404,341 km.
15 November 22:54 Bulan sukuan pertama Bulan kelihatan separuh menghadap ke Bumi kerana separuh daripada Bulan disinari oleh cahaya Matahari.  Bahagian Bulan yang disinari meningkat.
23 November 13:39  Bulan penuh Bulan kelihatan sepenuhnya menghadap ke Bumi. Bulan disinari sepenuhnya oleh cahaya Matahari. 
18 -19 November 00:30 Pancuran Meteor Leonids Pancuran Meteor Leonids berlaku pada 6 hingga 30 November setiap tahun.  Ia menghasilkan 15 meteor per jam dan kemuncak berlaku pada malam 18 November dan awal pagi 19 November.  Tiada gangguan cahaya bulan untuk menghalang kenampakan meteor tersebut selepas tengah malam.  
26 November 20:10 Bulan pada "perigee" Bulan berada pada kedudukan paling dekat dari Bumi dengan jarak 366,623 km.
30 November 08:19 Bulan sukuan akhir Bulan kelihatan separuh menghadap ke Bumi kerana separuh daripada Bulan disinari oleh cahaya Matahari.  Bahagian Bulan yang disinari menyusut.
7 Disember 15:20 Bulan baru Bulan tidak kelihatan di Bumi kerana Bulan yang tidak disinari oleh cahaya Matahari menghadap ke Bumi.
12 Disember 20:25 Bulan pada "apogee"  Bulan berada pada kedudukan paling jauh dari Bumi dengan jarak 405,177 km.
14-15 Disember 00:30 Pancuran Meteor Geminids Pancuran Meteor Geminids berlaku pada 7 hingga 17 Disember setiap tahun.  Ia menghasilkan 120 meteor per jam dan kemuncak berlaku pada malam 14 Disember dan awal pagi 15 Disember.  Tiada gangguan cahaya bulan untuk menghalang kenampakan meteor tersebut selepas tengah malam.  
15 Disember 19:16 Utarid pada "Greatest Western Elongation" Sudut maksimum  antara Utarid dengan Matahari yang dilihat dari Bumi adalah 21.3 darjah dan Utarid boleh dilihat sebelum Matahari terbit.   Waktu terbaik untuk mencerap Utarid kerana ia berada pada kedudukan yang paling tinggi di ufuk timur sebelum Matahari terbit.
15 Disember 19:49 Bulan sukuan pertama Bulan kelihatan separuh menghadap ke Bumi kerana separuh daripada Bulan disinari oleh cahaya Matahari.  Bahagian Bulan yang disinari meningkat.
22 Disember 06:22 Solstis Disember Permulaan musim sejuk di hemisfera utara dan musim panas di hemisfera selatan.
22-23 Disember 00:30 Pancuran Meteor Ursids Pancuran Meteor Ursids berlaku pada 17 hingga 25 Disember setiap tahun.  Ia hanya menghasilkan 5-10 meteor per jam dan kemuncak berlaku pada malam 22 Disember dan awal pagi 23 Disember.  Cahaya bulan penuh akan menghalang kenampakan meteor tersebut.  
23 Disember 01:49 Bulan penuh Bulan kelihatan sepenuhnya menghadap ke Bumi. Bulan disinari sepenuhnya oleh cahaya Matahari. 
24 Disember 17:52 Bulan pada "perigee" Bulan berada pada kedudukan paling dekat dari Bumi dengan jarak 361,060 km.
29 Disember 17:34 Bulan sukuan akhir Bulan kelihatan separuh menghadap ke Bumi kerana separuh daripada Bulan disinari oleh cahaya Matahari.  Bahagian Bulan yang disinari menyusut.
Kembali ke atas