W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Jumaat, 14 Disember 2018 
Home

Kenyataan Media

KENAMPAKAN OBJEK BERCAHAYA DAN BUNYI DENTUMAN KUAT DI LANGIT SABAH

KUALA LUMPUR – 21 Ogos – Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) melalui Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) telah menerima laporan bahawa terdapat objek bercahaya di ruangan atmosfera dan disusuli dengan dentuman yang kuat di langit Sabah pukul 11.00 malam pada 20 Ogos 2018.

GERHANA BULAN PENUH – 28 JULAI 2018 Gerhana Bulan Penuh Paling Lama Pada Abad ke-21

Kuala Lumpur - 16 Julai - Pada 28 Julai 2018, kita berpeluang sekali lagi untuk menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh. Menurut Samsuddin bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), fenomena Gerhana Bulan Penuh  kali ini adalah yang kedua berlaku pada tahun ini dan  akan kelihatan di Australia, Asia (termasuk Malaysia), Afrika, Eropah dan Amerika Selatan bermula dari jam 01:14:47 dan berakhir pada jam 07:28:38 pagi. Fasa Gerhana Penuh akan berlangsung selama 1 jam 42 minit  57 saat dan tempoh ini menjadikannya Gerhana Bulan Penuh paling lama bagi abad ke-21 (2001 hingga  2100).  Tempoh paling lama bagi Gerhana Bulan Penuh boleh berlaku adalah selama 1 jam 47 minit.

 

STESEN ANGKASA CHINA TIANGONG-1 TELAH JATUH KE BUMI

KUALA LUMPUR – 2 April  – Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Negara  (ANGKASA)  ingin memaklumkan bahawa melalui hebahan rasmi yang telah dikeluarkan oleh pihak China Manned Space Agency (CMSA), stesen angkasa Tiangong-1 telah jatuh ke bumi pada 2 April 2018 00:15 UTC (waktu malaysia = 08:15 MST) di Selatan Lautan Pasifik.

GERHANA BULAN PENUH - 31 JANUARI 2018

Pada 31 Januari 2018, Gerhana Bulan Penuh akan berlaku di Timur Eropah, Timur Afrika, Asia (termasuk Malaysia), Australia dan Amerika Utara. Fenomena Gerhana Bulan yang berlaku akan mengambil masa selama 5 jam 17 minit bermula pada jam 6:51 petang hingga 12:08 tengah malam (1 Februari 2018). Ini bermakna gerhana sedang berlaku ketika Bulan terbit di ufuk Timur (kecuali Sabah dan Sarawak - gerhana bermula selepas Bulan terbit). Fasa gerhana penuh maksima adalah pada jam 09:29 malam dan keseluruhan gerhana ini akan berakhir pada jam 12:08 tengah malam iaitu pada 1 Februari 2018.

KEMUNGKINAN STESEN ANGKASA CHINA TIANGONG-1 JATUH DI MALAYSIA ADALAH RENDAH

KUALA LUMPUR – 16 November 2017 – Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Negara  (ANGKASA)  ingin memaklumkan bahawa kemungkinan Stesen Angkasa China Tiangong-1 jatuh di Malaysia adalah sangat rendah. Menurut Dr. Noordin Ahmad, Ketua Pengarah, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA),berdasarkan kiraan, luas kawasan yang dirangkumi 43 darjah utara hingga ke 43 darjah selatan ini, melibatkan  banyak negara lain di dunia termasuk Malaysia, dan mempunyai keluasan anggaran kira-kira 347 860 000 km persegi. Selain dari Malaysia khususnya Kuala Lumpur kawasan ini turut meliputi Singapura (1.35 darjah utara), Sydney, Australia (33.86 darjah selatan), Florida, Amerika (27.66 darjah utara) dan Beijing, China (39.90 darjah utara). 

MAJLIS PENYERAHAN PERANTI KESELAMATAN BAGI KAUM IBU DAN BAYI YANG BAHARU DILAHIRKAN DI HOSPITAL KERAJAAN (B-TAG & TRACK)

BANTING, 26 September – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sentiasa berusaha untuk mengarus perdanakan STI serta menyemarak dan membudayakan STI. Salah satu daripada usaha ini ialah pelaksanaan Program Inovasi Sosial MOSTI (MSI).

KEMUNCAK FENOMENA PANCURAN METEOR PERSEIDS

Pancuran Meteor Perseids berlaku pada setiap tahun pada 17 Julai hingga 24 Ogos. Nama Perseids adalah merujuk kepada titik kemunculan pancuran meteor di langit iaitu di kawasan buruj Perseus. Pada tahun 2017, kemuncak fenomena pancuran meteor Perseids pada 13 Ogos 2017 sekitar jam 1:00 pagi.

FENOMENA GERHANA BULAN SEPARA PADA 8 OGOS 2017

Rakyat Malaysia akan berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Separa pada 8 Ogos 2017.

SIARAN MEDIA : FENOMENA EKUINOKS PADA 20 MAC 2017

Fenomena ekuinoks merupakan aktiviti tahunan Matahari umumnya berlaku dua kali dalam setahun iaitu pada Mac dan September.  

GERHANA BULAN PENUMBRA PADA 11 FEBRUARI 2017

Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan sebahagian dari fasa Gerhana Bulan Penumbra pada 11 Februari 2017.

Pages

Kembali ke atas