W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Selasa, 26 September 2017 
Home

Teknologi Dorongan

Pelancar Roket

Kenderaan pelancar atau pembawa adalah roket yang digunakan untuk membawa muatan dari permukaan bumi ke angkasa. Sebuah sistem pelancaran meliputi pelancaran kenderaan, landasan pelancaran dan infrastruktur yang lain. Kredit kepada: Launch Vehicle

Teknologi Asas Roket

Roket adalah jenis enjin yang mendorong dirinya kehadapan atau ke atas dengan menghasilkan tujahan. Tidak seperti enjin jet yang menyedut udara luar, enjin roket hanya menggunakan bahan bakar yang dibawa sahaja. Hasilnya, roket boleh beroperasi di luar angkasa, di mana hampir tidak ada udara. Sebuah roket boleh menghasilkan tenaga yang lebih untuk saiznya berbanding mesin dari jenis lain. Bahagian-bahagian roket adalah termasuk enjin, peralatan dan kargo membawa roket. Empat bahagian utama dari sebuah roket adalah muatan, propelan/bahan tujahan, chamber/kebuk, dan nozzle/muncung.

Aplikasi Roket

Manusia menggunakan roket  dengan tujuan pengangkutan yang kelajuan dan berkuasa tinggi , baik di dalam atmosfera bumi dan juga di ruangan angkasa. Roket sangat berharga untuk pelancaran peralatan dan satelit, kegunaan ketenteraan, kajian atmosfera, dan perjalanan ke ruang angkasa. Kredit kepada: NASA_Rocket World Book

Sejarah Roket

Salah satu peranti pertama yang berjaya melaksanakan prinsip-prinsip penting untuk penerbangan roket adalah burung kayu. Menurut hasil tulisan Aulus Gellius, dari Rom, menceritakan sebuah kisah tentang seorang Yuhani bernama Archytas yang tinggal di bandar Tarentum, yang kini telah menjadi sebahagian daripada Itali selatan. Di sekitar tahun 400 SM, Archytas telah mengkagumkan warga Tarentum dengan menerbang seekor merpati diperbuat dari kayu. Stim yang dilepaskan telah mendorong burung untuk terus tergantung pada kabel.

Aktiviti yang dijalankan dalam pembangunan roket

Roket TEDUNG-KILAT menyambar ke udara

Melalui perkembangan teknologi aeroangkasa yang semakin menarik minat rakyat setempat, ANGKASA di bawah unit Space Application and Technology Division (SATD) telah bertindak serius dengan menempatkan 3 pegawai penyelidiknya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai bagi menjalankan kerjasama dalam Program Penyelidikan Pembangunan Teknologi Roket antara ANGKASA dan UTM.

Pages

Subscribe to RSS - Teknologi Dorongan
Kembali ke atas