W3C Reset Pink Merah Hijau Kuning    |   Besar Kecil Kecil  
Sabtu, 29 Julai 2017 
Home

Satelit Komunikasi

Ringkasan Satelit Komunikasi

Satelit komunikasi merupakan kunci dalam era globalisasi masakini dan peranan komunikasi adalah menjadi penting. Oleh yang demikian, Bahagian Pembangunan Teknologi dan Aplikasi Angkasa (SATD) yang ditubuhkan pada tahun 2007 adalah bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program-program di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) bagi memastikan negara dapat memanfaatkan sepenuhnya aplikasi dari teknologi angkasa di dalam seluruh bidang dan sektor pengguna di Malaysia secara optimum dan selamat.

Asas Sistem Satelit Komunikasi

Sebuah sistem satelit komunikasi  menggunakan satelit untuk menyampaikan pemancar radio antara terminal-terminal di bumi.Sebuah satelit pasif hanya memantulkan isyarat radio yang diterima kembali ke bumi. Satelit aktif pula bertindak sebagaipengulang; dengan menguatkan isyarat yang diterima dan kemudian menghantar kembali isyarat tersebut kembali ke bumi. Halini akan meningkatkan kekuatan isyarat di terminal menerima ke tahap yang lebih tinggi daripada yang disampaikan oleh satelitpasif. Kredit kepada: Sistem Satcomm

Aplikasi Satelit Komunikasi

Satelit buatan bumi telah digunakan selama lebih dari 40 tahun dan satelit komunikasi merupakan sebahagian unik dari kehidupan rutin harian yang berkhidmat kepada berbilion-bilion orang dan memberikan akses kepada pelbagai jenis telekomunikasi seperti  suara, data dan aplikasi video.
Mengapa kita perlukan satelit komunikasi? Satelit komunikasi dapat menyediakan:

Satelit Komunikasi Negara

Program Pembangunan Satelit Komunikasi Negara

Objektif utama bagi projek pembangunan ini adalah menyediakan perkhidmatan jaringan dan komunikasi satelit yang selamat kepada Kerajaan Malaysia termasuk aplikasi-aplikasi pertahanan dan awam. Selain itu, projek ini juga mampu membangunkan dan mewujudkan peluang teknologi termaju satelit komunikasi dan memperkembangkan peluang-peluang teknologi angkasa.

 

Ciri-ciri Satelit Komunikasi Negara ialah :

Subscribe to RSS - Satelit Komunikasi
Kembali ke atas